1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan
mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh
EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42
kehamilan.
3. Purata darah yang hilang melalui
proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby
Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan
hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami
pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan
mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Apabila seorang ibu mula sakit
hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
7. Badan manusia hanya mampu menanggung
kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga
57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak,
terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun
solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya,
Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
0 comments:
Post a Comment